Friday, January 6, 2012

Adakah telefon bimbit kita sesuai dengan kemahuan kita sendiri?

Sejak kebelakangan ini pelbagai model telefon bimbit dipasaran. Dua tiga bulan sahaja akan keluar lagi model baru. Secara amnya, menjadi kesukaran kepada pengguna untuk memilih kerana terdapat berbagai rupa, aplikasi dan spesifikasi.

Pada mulanya aku juga mengalami masalah sedemikian. Bagi mengatasi masalah ini aku membuat sedikit kajian terhadap telefon bimbit dan mencari kesesuaian dengan kemahuan aku.

Telefon bimbit Nokia adalah yang paling mudah digunakan "friendly user". Aku telah menggunakan pelbagai jenis Nokia dari yang conventional hingga ke smartphone. Boleh dikatakan setiap tahun akan tukar yang baru.

Namun, hingga kini Nokia masih menggunakan OS syambian. OS ini sudah terlalu lama dan perlu perubahan besar bagi meningkatkan sisten aplikasi dan membuka ruang pada sistem baru.

Samsung, HTC dan Motorola. Bagi aku semuanya sama kerana mereka tergolong dari Android. Bila menggunakan OS Android, maka sistem dan aplikasi mereka adalah sama. Jadi, apa kelebihan setiap jenama itu?

Oleh yang demikian, pengeluar akan menaik taraf bahagian hardware bagi membezakan antara satu sama lain. Sebagai contoh, kamera, processor, rupabentuk, saiz, musik dan storage capacity. Kebanyakkan model yang dikeluarkan adalah untuk kesesuaian pengguna. Maka pengguna terpaksa membuat pilihan. Namun kerana perbezaan antara satu sama lain terlalu sedikit makin sukar untuk memilih. Harga tak perlu cerita. Tepuk dada tanya selera.

Pengeluar tidak akan mengubah software dan firmware kerana itu bergantung kepada Android - Google. Maka strategik mereka hanya mengubah hardware sahaja.

Iphone dan Blackberry. Dua pengeluar yang mementingkan produk mereka dari pengguna secara amnya. Iphone hanya keluar satu persatu produk baru mereka. Dan membuat perubahan ketara terhadap setiap produk. Begitu juga dengan Blackberry yang hanya ada 4 model utama. Mereka memberi pilihan mudah kepada pengguna untuk memilih. Bukankan mudah begitu.

Setelah mencuba pelbagai jenama telefon bimbit aku memilih untuk terus dengan Blackberry untuk masa ini. Memandangkan kesesuian aku ada pada Blackberry. Aku memerlukan sistem email yang pantas, boleh communicate dengan capability of sharing such as text, email, calendar, photo, voice on BBM. Ini semua dilakukan dalam satu sistem. Boleh view dan edit pelbagai dokumen secara terus dan boleh menghantar fax.

Lagi satu yang aku berkenan dengan Blackberry ialah email setting. Cukup mudah hanya perlu beri email address dan password. Dan yang lain akan di proses sendiri. Tidak pula seperti jenama yang lain. Anda perlu menyediakan incoming/outgoing server apabila telefon bimbit itu gagal memproses email...dengan Motorola Droid, aku ambil masa mahu setup email pejabat...phew!

Buat masa ini belum ada yang dapat mengatasi kelebihan Blackberry Email dan BBM. Menyerupai itu ada.

Untuk mengguna smartphone adalah perlu mempunyai data plan, ini akan mengmaksimumkan penggunaan telefon bimbit itu. Jika hanya sekadar membuat panggilan dan sms serta sebulan sekali mms, snap photo dan music maka Sony ericsson pilihan terbaik.

Tapi dari segi surfing internet, musics dan movies, iphone bagi aku yang terbaik diikut Android dan Blackberry.
Namun, kekurangan aplikasi Flash pada iphone masih ramai yang terus menggunakannya. Model terbaru Blackberry kini dilengkapi dengan Browser 7 yang dikatakan yang terpantas setakat ini. Aku belum pasti kerana belum membuat ujikaji terhadap browser baru itu.

Satu kekurangan pada smartphone ialah ketahanan bateri. Tidak dapat bertahan lama. Average 8 hingga 14 jam sahaja. Tapi itu normal. Kalau heavy user 5 hingga 6 jam sudah kering. Kebiasaannya mereka yang menggunakan smartphone akan charge telefon bimbit dua kali sehari.

Hanya model Nokia mampu bertahan agak lama berbanding dengan model yang lain.

Moral of the story: Pilih mengikut keperluan anda. Maka, anda akan dapat menggunakannya pada tahan maksimum. Baru puas! Betul tak...
Aku bukan promote Blackberry. Hanya sekadar berkongsi pengalaman. Lagi pun anda yang mencari kepuasan mengguna. Kalau tak puas nanti jangan cari aku yea..

Sunday, January 1, 2012

Selamat tahun baru 2012

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Semoga pada tahun baru ini akan lebih baik dari sebelumnya.

Terus berusaha mencapai apa yang diharapkan dan tidak mudah putus asa dan cepat mengalah.

Selamat Tahun Baru 2012.