Saturday, August 23, 2014

Pokok menghijau

Bismillah..

Assalamualaikum,

Sejak akhir ini hujan lebat sebelah petang telah menjadikan pokok-pokok kembali menghijau.

Cuaca yang panas sebelumnya telah menyebabkan keadaan daun pokok kekuningan. Ada yang mati akibat kepanasan. Hanya pokok yang jenis tahan panas tidak mengalami masalah dengan cuaca yang panas.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 21, 2014

Ikan Talapia Bakar

Bismillah...

Assalamualaikum.

Ikan Talapia bakar memang mempunyai citarasa tersendiri, lebih-lebih lagi kalau jenis ikan yang dibela dalam sangkar air.

Ikan Talapia akan lebih sedap rasa isinya. Selain itu warnanya juga cantik dari ikan Talapia biasa.

Baru-baru ini biras pulang ke kampung isterinya di Temerloh yang mana disana terdapat ikan Talapia yang dibela dalam sangkar air.

Memang benar rasa kesedapan ikan ini amat berbeza sekali walau hanya di saluti kunyit dan sedikt garam.

Alhamdulillah..goreng pon sodap.


Sent from my BlackBerry®

Tuesday, August 12, 2014

Pokok limau purut

Assalamualaikum!

Semenjak pindah di TDI hampir 6 tahun dahulu pokok ni dalam jagaan. Dan sepanjang itu juga hingga kini aku tak pernah ambil buahnya. Hanya daun sahaja untuk buat bahan tambahan masakan.

Sampai masa tinggal daun sahaja. Buah habis tak tau pi mana..?
Ikut rezeki sapalah...kira sedekah jugak tuh..

Alhamdulillaah! Kalau berbakti pada tanah pasti berhasil..!

Thursday, July 31, 2014

Ziarah Raya

Assalamualaikum,

Hari Raya ke 3 & 4, masih ramai saudara mara yang datang. Kali ini mereka guna strategik serbu sekali gus tanpa amaran.

Akibatnya kami sempat hidang mihun udang saje..kih kih kih...padan muka!. Aku pasti tahun depan mereka tidak akan guna strategik ini lagi.

Pada tahun sebelumnya, kami hidang nasi berlauk serta mi kari udang..hehehe pengajaran tuh..

Sent from: Vibe Z

Wednesday, July 30, 2014

Berhari Raya Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir Dan Batin.

Tahun ini tidak beraya di kampung. Terus menerus di Kuala Lumpur. Kebiasaannya pada Raya kedua, awal pagi sudah bertolak ke kampung "Rembau Most Wanted".

Ibu mertua kini semakin uzur tidak dapat berjalan jauh. Maka, mana-mana yang saudara mara yang jauh kenalah ziarah kami di Kuala Lumpur.

Sekian, wasalam!

Sent from: Lenovo K910

Tuesday, June 3, 2014

Team Building - Port Dickson

Pada asasnya team building ini adalah untuk menjalinkan hubungan berpasukan, setia kawan dan untuk diri sendiri.

Setelah 6 tahun berkhidmat di syarikat "itu" akhirnnya pihak majikan menganjurkan program motivasi secara berkumpulan. Oleh kerana syarikat mempunyai ramai kakitangan maka, program dilakukan berperingkat.

Aku berada dalam program yang pertama bersama sebahagian dari pekerja. Lokasi di Port Dickson, seakan pergi berkelah lagaknya kami sekelian.

Seronok tak terhingga..ye lah...pertama sekali tak kerja, bebas, makanan tentunya sedap belaka..

Sememangnya program seperti ini perlu di adakan pada setiap syarikat kerana ianya akan menghasilkan pekerja yang lebih bekerjasama, bertanggungjawab serta perihatin.

Perniagaan sendiri..

Assalamualaikum.

Diberi masa setahun untuk menjana pendapat melalui perniagaan jenis trading.

Sebuah pejabat diperlukan bagi syarikat yang berdaftar Sendirian Berhad dan juga beberapa orang pekerja sebagai syarat.

Ini semua melibatkan kos. Belum mula berniaga sudah melibatkan kos. Nilai kos mengikut pelaburan peniagaan itu sendiri. Kalau tak invest macam mana nak mula berniaga.

Pasaran adalah industri minyak dan jabatan kerajaan. Dua sektor ini adalah yang terbesar melabur dalam pembelian.

Jadi, inilah dia hasil untuk permulaan perniagaan...InshaAllah, sesiapa yang berusaha walaupun seciput tetap akan dibalas juga.

Wasalam.

Monday, June 2, 2014

Water lily gold

Assalamualaikum.

Mangga ini rasa manis dan berbiji nipis saja...emm. Takde apa nak cerita, sibuk makan.

Wasalam.

Sistem peparitan

Assalamualaikum.

Ramai kontraktor ambil jalan mudah sehingga sanggup memberi kesusahan pada orang lain, janji kerja siap.

Inilah yang berlaku di kawasan tanah lot yang dijual pada orang ramai yang mana tanah masih dalam kelas pertanian.

Banyak rumah yang dibina atas tanah lot ini. Kebanyakkannya untuk disewakan. Ada yang separuh siap, ada yang asal siap tanpa mengikut spesifikasi dan macam-macam lagi.

Salah satunya sistem peparitan yang diambil mudah. Tiada longkang. Hanya saluran PVC...bila pecah akibatnya memang tidak menyenangkan.

Biasalah, jika kita buat sesuatu tanpa redha Allah SWT, pastinya tiada keberkatan.

Tuan tanah sudah diberitahubtentang masalah ini, namun hingga sekarang masih tiada tindakan yang diambil.

Tiada lagi pilihan melainkan membuat laporan kepada MPS. Harap MPS tahu akan kewujudan perumahan ini...Insha'Allah.


Wasalam.
End

New theme

Assalamualaikum.

Lama juga cuba cari theme yang hebat-hebat...ada macam-macam sampai nak buat pilihan pun sukar.

So, design sendiri mungkin lebih baik...ubah apa yang perlu...

Monday, March 24, 2014

Program Siraturrahim 2014 Tok Ompek

Assalamualaikum.

Pada 22/3/2014 satu program telah diadakan di Selayang Lama menghimpunkan keluarga Tok Ompek dalam program mengeratkan siraturrahim.

Program telah diadakan di rumah lama Tok Ompek yang menjadi sejarah keluarga Haji Deraman.

Para AJK program ini terdiri daripada anak anak dan cucu cucu Tok Ompek sendiri.