Tuesday, January 29, 2013

Rancangan Pembinaan Padang Kanak-Kanak

Assala'mualaikum,

Seperti di taman-taman lain sememangnya akan terdapat padang permainan atau padang untuk berriadah, namun tidak di Taman Desa Indah.

Taman ini masih tidak mempunyai padang sendiri bagi kemudahan warga taman. Mungkin kerana susunan perumahan atau pemaju yang kurang prihatin terhadap keperluan tersebut.

Persatuan Penduduk Taman Desa Indah telah merencanakan satu idea untuk membina padang permainan sendiri. Memandangkan keperluan ini amat penting bagi anak-anak warga TDI dapat bersama beriadah diwaktu petang. Dan mungkin akan dijadikan tempat untuk merai majlis-majlis tertentu.

Idea ini telah mendapat sebahgian perhatian dari warga TDI dan menyambut baik cadangan tersebut. Bagi merealisasikan cadangan ini sudah tentunya memerlukan kewangan bagi menampung kos membina padang ini.

Pihak AJK telah merangkakan kos-kos dan jenis-jenis kerja yang terlibat bagi menjayakannya. Persatuan Penduduk Taman Desa Indah telah melantik beberapa AJK dan ahli persatuan untuk menguruskan projek pembinaan ini.

Kos yang terbabit bagi menjayakan cadangan ini amatlah tinggi. Berkemungkinan besar berada diluar kemampuan warga TDI. Namun, terdapat sumbangan dari warga TDI yang berminat dengan cadangan ini. Sumbangan setakat ini masih jauh dari bajet yang dianggarkan. Persatuan masih mengharapkan lebih ramai lagi warga yang tampil untuk memberi sumbangan ikhlas.

Sumbangan tidak tertakluk kepada warga TDI sahaja, jika terdapat individu luar yang ingin menderma adalah amat dialu-alukan.

Kepada mereka yang ini membuat sumbangan boleh menyalurkan ke akaun Persatuan Penduduk Taman Desa Indah atau kepada Bendahari Projek yang dilantik khas.

Semoga sumbangan ikhlas kita ini akan membawa kebaikan kepada semua dan juga kepada diri kita.

In shaa Allah.

Sunday, January 6, 2013

Kerja pembersihan

Assala' mualaikum,

Pada 6 Jan 2013, kerja pembersihan kawasan semak di fasa 1 telah dia adakan. Kerja kerja memotong semak samun dan mengutip sampah sarap serta membakar rumput telah selesai dengan baik.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 3, 2013

Jalan-jalan cuti sekolah

Sebahagian dari gambar-gambar bercuti bersama keluarga di musim cuti sekolah yang baru lalu.

Satu kenang manis yang pastinya akan dikenang.

Kawalan keselamatan untuk fasa 4

Salam semua,

Kawalan keselamatan untuk Taman Desa Indah kini telah merangkumi fasa baru iaitu fasa 4. Waktu kawalan masih tidak berubah masih beroperasi seperti sebelumnya.

Skim gaji pengawal untuk tahun 2013 telah ditambah bagi tugasan mengawal kawasan fasa 4.

Diharapkan warga fasa 4 akan terus bekerjasama dan komited dalam hal pembayaran yuran pengawal dan yuran bulanan persatuan.

Akhir sekali secara rasminya diucapkan selamat datang ke Taman Desa Indah.

Sekian.