Saturday, October 29, 2011

Mesyuarat AJK - Majlis Korban dan Isu Pagar Taman

Tarikh 28 Oktober 2011
Jam 9:00 malam
Rumah Gerakan TDI

Mesyuarat majlis korban tahun ini akan mengorbankan seekor lembu. Segala urusan yang berkenaan telah diputuskan malam itu.

Tugasan telah diagihkan mengikut keperluan-keperluan tertentu. Lokasi korban juga telah diperhebatkan lagi dengan mengadakan tempat korban khas yang telah diusahakan dalam satu gotong royong penduduk tempoh hari.

Satu kelainan pada majlis korban kali ini
Sent by BlackBerry®

Friday, October 28, 2011

Kes pecah rumah di TDI

Lagi kes pecah rumah di Taman Desa Indah beberapa hari lalu. Kali ini di fasa 2. Sudah lama kes pecah rumah tidak berlaku di sekitar taman.

Pencuri memasuki rumah melalui balkoni yang mana pintu kaca tidak disandang dengan kayu. menurut tuan rumah beliau terlupa untuk berbuat demikian. Kecurian berlaku diwaktu siang hari dimana tuan rumah dan seisi keluarga tiada di rumah.

Harap warga TDI lebih berhati-hati dan peka terhadap persekitaran taman.

Friday, October 14, 2011

Ujang, Mamu Rembau & Tuan Sood.

Pagi-pagi sudah bangun untuk bersiap pergi kerja. Kemeja putih berseluar hitam dan bertali leher. Fuh! Memang smart kami.

Selesai sarapan pagi terus sahaja panaskan enjin Honda C70. Enjin kena betul-betul panas bagi memastikan motorsikal bergerak lancar. Maklumlah, laluan berbukit-bukit.

Anggaran memanaskan enjin motorsikal sama dengan habisnya sebatang rokok. Ok. Itulah masanya. Kami pun menunggang motorsikal bagi mencari rezeki harian.

Perjalanan mengambil dalam masa 30 minit untuk sampai ke pejabat di AU2. Tidak laju dan tidak perlahan. Sama sahaja tunggangannya. Sampai sahaja di pejabat, pintu sudah terbuka, seperti biasa si cantik manis akan sampai dahulu dari kami. Yelah, dia yang pegang kunci pejabat.

Kami pula sudah menjadi kebiasaan bersarapan untuk kali kedua di sekitar pejabat. Tuan Sood iaitu bos kami, biasanya lewat sampai. Selesai sarapan, kami masuk pejabat. Memulakan tugas harian yang tidak pernah habis.

Tugas yang diberi pada aku ialah sejenis engineering software dari Korea untuk membuat design sebuah Mold. Kelebihan software ini adalah proses "Realtime operation process" dapat dilihat terus melalui komputer sebelum Mold itu dibuat. Ini memudahkan designer mengenalpasti jenis Failure yang berlaku sebelum Mold dibuat.

Mamu Rembau pula diberi tugas lebih kepada barang- barang elektronik seperti Projector system. Kerja-kerja teknikal memang bidang dia.

Itulah tugas yang sentiasa kami lakukan semasa dipejabat. Mengenalpasti, menguji, mempromosi dan jual. Memang memenatkan. Tapi kami tetap seronok dapat berkerja dengan Tuan Sood.

Lain-lain tugas yang kami lakukan ialah menguji lagi satu software. Software ini mengambil masa yang lama untuk kami fahami dan menguasainya. Sehingga kami berhenti dari bekerja dengan Tuan Sood masih tidak selesai.

Software ini dikenali dengan nama WORM. Atau lebih mesra dipanggil Strategy Game! Hahaha...inilah tugas yang paling kami suka. Boleh dimain secara Multiplayer. Sudah cukup untuk aku dan Mamu berentap setiap hari. Dari pagi sampai ke petang.

Setiap pagi hendak ke pejabat, kami sentiasa bersemangat, ghairah dan teruja. Masing-masing dengan strategi untuk mengalahkan antara satu sama lain. SETIAP HARI! Titik.

Perlawanan demi perlawanan kami adakan dan kami tidak pernah jemu...sampai sekarang. Kesian Tuan Sood, dia berhempas pulas menbuat jualan agar dapat membayar kami dan si cantik manis setiap bulan.

Ahhrgg! Kami tidak peduli. Kami tetap teruskan aktiviti kami. Hampir 8 bulan kalau tidak silap aku, kami ingin berhenti kerja dari Tuan Sood.

Terkejut dia mendengar kata-kata kami itu. Kami berhenti atas sebab yang kami pun tidak pernah sangkakan.

Selama ini kami tipu dia (main strategy games), rupanya dia lagi hebat. (Tak pernah bayar EPF dan Socso kami selama kami bekerja dengan dia)...

HAHAHAHAhhh...Tuan Sood lagi hebat rupanya...Penipu ditipu oleh penipu! Memang tidak disangkakan langsung. Kalau aku jumpa Tuan Sood ini, aku siku-siku kepala dia sampai licin! Hahahaha...

Pengalaman bekerja Ujang dan Mamu Rembau

Thursday, October 13, 2011

Menuju Ke Kota Mekah

Malam ini aku ke rumah mak saudara yang berada di Sentul. Satu majlis kenduri doa selamat untuknya yang bakal menunaikan haji pada tahun ini.


Pada awalnya terkejut juga kerana diberitahu pada petang semalam. Penerbangan yang rancang pada 15hb bulan ini kalau tidak silap aku.

Jemput yang hadir kebanyakkan dikalangan jiran-jiran sekitar. Saudara mara terdekat turut hadir walaupun pemberitahuan secara short notice.

Majlis bermula dengan kehadiran orang-orang surau taman. Majlis berlangsung dengan aman. Alhamdulillah.

Dalam diam itu aku terfikir sejenak. Bilalah agaknya masa untuk aku menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah? Aku memang ingin menunaikan fardu haji ini ketika masih sihat dan kuat. Namun masa masih belum mengizinkan aku untuk sampai disana.

PENANTIAN

Satu perkara atau situasi yang amat menjengkelkan, membosankan, menyampah. Tidak kira apa jua ayat atau gambaran untuk situasi itu ianya tetap akan membuat kita rasa tidak selesa yang amat sangat.

ATAU, satu perkara atau situasi yang amat menyeronokkan, mengembirakan, amat teruja. Apa pun ayatnya ianya akan membuat kita rasa amat selesa.

Situasi satu.
Selalunya berlaku bila kita berjanji dengan seseorang. Jika mereka lewat datang maka anda akan berada di situasi PENANTIAN. Dari saat itu, anda akan melihat jam lebih pada sekali. Setiap minit bagaikan setahun. Anda akan telefon mereka lebih pada sekali. Aduh!. Siapa nak bayar bil ini?..huh!. Mungkin ada yang mencarut juga bagi menambah perisa situasi anda ketika itu. Anda akan mula berkawat ke kiri dan ke kanan, depan dan belakang. Sesambil memerhatikan jam. "Eee...geramnya aku" Ayat yang bermain difikiran. Silap hari ayat boleh tersembul keluar dari mulut. Orang sekeliling pun dapat merasakan yang ada dalam situasi menunggu.

Penawar untuk situasi ini adalah KESABARAN. Menanti dengan penuh kesabaran, tenang, dan redha. Anda akan aman.

Situasi dua.
Selalunya berlaku bila kita berjanji dengan seseorang juga. Jika mereka lewat jua akan berada dalam situasi PENANTIAN. Dari saat ini, anda akan melihat kalendar. Setiap hari bagaikan setahun. Setiap masa anda akan telefon. Berjam-jam bercakap hingga tidak faham lagi apa yang dikatakan. Topik dari A ke Z. Bil telefon!? "Tak mengapa, abang bayar" Itu sebahagian dari ayat yang akan keluar dari mulut anda. Situasi ini, anda tidak berkawat TAPI lebih banyak mengelamun, khayal, anggau seperti orang kena sampuk hantu. Lebih suka menyendiri.
"Eee..geramnya aku, bila nak dapat nih" Ayat yang bermain difikiran anda ketika ini. Orang sekeliling pun dapat merasakan yang anda tidak sabar nak kahwin! Hahaha...

Penawar untuk situasi ini adalah KESABARAN. Menanti dengan penuh kesabaran, tenang, dan redha. Anda akan aman.

Kesabaran itu pahala. Walauapa pun situasi anda, kesabaran itu penawar untuk kedua-duanya sekali.

Wednesday, October 12, 2011

Kekasihku dan Sachs.

Kisah ini menjadi satu sumber yang mengeratkan aku dengan kekasihku yang kini telah menjadi isteri aku.

Zaman itu aku masih lagi belajar dalam jurusan kejuruteraan teknologi plastik. Sudah kebiasaan, kalau seorang pelajar mana ada sumber kewangan yang kukuh. Hanya mengharap alaun belajar dan kalau tidak segan bolehlah mengendeng dari emak dan bapa.

Telah menjadi rutin harian aku pada hujung minggu akan membawa kekasihku bersiar-siar di Sg. Wang, Lot 10 dan Isetan. Pada zaman aku tempat inilah yang paling meriah. Apa tidaknya, baru sahaja dibuka kepada umum. Berduyun-duyun yang datang bila hujung minggu. Sudah seperti bas stand klang suasananya.

Kali ini aku ingin membelikan selipar untuk kekasihku. Lagi pun dia sudah berkali-kali tanya mahukan sebuah selipar baru bagi menggantikan yang telah rosak. Sebenarnya bukan rosak tapi hilang entah kemana.

Hari yang dijanjikan sudah tiba, aku datang dengan motosikal Yamaha SS aku. Memang hebat aku pada masa itu. Kami terus sahaja ke menuju ke destinasi. Apa lagi, BB plaza.

Dalam kesesakan tempat letak motosikal akhirnya aku berjaya mendapat satu petak. Betul-betul berada hampir di pintu utama BB plaza. Tapi bukan pintu hadapan…pintu belakang.

Kami terus memasuki ke dalam plaza dan bersiar-siar ke kawasan sekitar. Tingkat demi tingkat. Sampai sahaja di hadapan kedai kasut Sachs, kekasih aku minta untuk masuk sebentar. Sahaja ingin melihat-lihat dahulu. Aku ikut sahaja.

Sedang aku leka melihat pelbagai jenis kasut, kekasih datang sambil membawa sepasang selipar Sachs. Dia suka akan selipar itu sambil mangacukan ke kaki. Cadangan aku bila selesai dengan selipar itu bolehlah menuju ke kedai makan. Perut terasa lapar pula.

Tanpa berkata banyak, aku pun memberi isyarat tangan yang selipar itu sesuai untuknya. Malah, aku dengan bangga berkata jika mahu dua pun boleh. Bukan apa, masa aku membelek kedai itu aku sudah perasan harga selipar itu hanya RM24 sahaja. Jadi, apa salahnya kalau dua pasang.

Kekasihku terus ke kaunter bayar sambil memberi isyarat yang dia mahu satu sahaja. Aku ikut sahaja tanpa bantah sambil mengeluarkan beg duit aku dari poket belakang. Terus sahaja aku seluk RM30 dan beri kepada pekerja kaunter. Pekerja kaunter terus memandang aku seperti menantikan sesuatu. Aku perhatikan sahaja. Sebabnya aku tidak faham. Apabila aku toleh ke mesin kira, baru aku perasan yang aku belum buat bayaran penuh!…hah! RM124.00 Peh! Terkebil-kebil aku mengeluarkan baki yang perlu dibayar. Selesai buat bayaran, aku dan kekasihku terus keluar dari kedai itu.

Keadaan menjadi senyap sunyi. Tiada satu perkataan yang keluar dari mulut aku ketika itu. Aku terkejut hingga fikiran menjadi kosong. Sedangkan aku yang terasa lapar tadi terus kenyang. Selera makan menjadi pudar.

Kami terus menunggang motosikal dan terus menuju ke rumah kekasihku. Sampai disana, emak kekasihku telah menyediakan makanan untuk kami. Kami makan bersama-sama. Selesai makan, aku pun menceritakan apa yang telah berlaku ketika di BB plaza tadinya.

Kami terus ketawa…sungguh-sungguh kami ketawa…

Sebelum balik, aku dibekalkan wang ringgit oleh emak kekasihku. Agar aku ada wang untuk pergi belajar esoknya. Atas sebab pembelian yang tidak terancang tadi…aduh! Malunya aku.

Sehingga kini, aku dan isteriku masih terkenang peristiwa itu dan ini membuat kami akan ketawa besar…walaupun sudah diceritakan entah yang ke berapa kali…

Ujang Ikobana dan Petai Sikat ke Jitra.

Tanpa dirancang aku dipelawa ke Jitra dengan Petai Sikat untuk menguruskan tugasan yang penting.

Terpinga-pinga aku untuk memberi kata putus sama ada mahu atau tidak ikut serta ke Jitra. Akhirnya aku setuju atas sebab nilai seorang sahabat adalah penting bagi aku.

Maka terciptalah sketsa Ujang Ikobana & Petai Sikat ke Jitra.

Pada jam 11 malam Petai sampai dirumah aku dengan Ferrarinya. Petai placing kereta kejap depan kejap belakang alih-alih terlanggar curam autogate rumah aku. Sopek skirting Ferrari. Nasib tidak pecah.

Aku pun bersalaman dengan keluarga untuk memulakan perjalanan ke Jitra bersama Petai. Seperti biasa Petai dengan dressing artisnya berbaju T-shirt, seluar katok dan topi. Standard dressing.

Keluar sahaja dari taman aku, Petai sudah sesat. Hampeh! Namun berjaya aku guide dia keluar dari TSG dengan selamat…phew!

Aku kebiasaannya ikut jalan Rawang dan terus ke Highway Utara-Selatan. Tapi Petai pada malam lain sikit attitude. Entah kemana dibawanya…alih-alih aku terpaksa minta bantuan Papago.

Aku pun pasang pada dashboard Ferrari. Bateri pula weak. Nasib car charger ada bersama. Aku plugged in pada palam pencucuh…tetiba Petai bersuara "Habislah bateri kereta aku". "Siot jer…" Dalam hati aku. Akhirnya Papago berjaya bawa kami keluar dari kesesatan Petai Sikat…Buang masa betul.

Yang angin aku tu dia boleh kata "ini kawasan aku berak, takde hal lah".

Kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Sebab aku berdua sahaja maka berboraklah sepanjang perjalanan ke Jitra itu. Tetiba Petai berkata "bro berhenti makan, lapar. Siang tadi makan nasi goreng tomyam jer". Aku follow jer.

Kami berhenti di R&R Tapah. Disebabkan sudah lewat malam makan pun hanya ada kerak jer. Hanya satu gerai tu aje lihat masih ada makanan. Kami makan mee goreng sama telur mata…tak sedap tapi HABIS. Selesai hisap sebatang dua rokok kami pun sambung perjalanan.

Dalam kereta kami terus berborak isu kawan-kawan, kerja dan ada unsur mengata dan mengumpat – (itu rahsia kami berdua). Tempat perhentian seterusnya G. Semanggol. Hendak buang air kecil…lama tahan dalam kereta…fuh! Naik semput rasanya..kebas kedua-dua kaki…

Sampai sahaja dalam tandas..Fuuuhhhh! Bestnya dapat kencing…mengigil satu badan..nikmatnya.

Kami layan teh tarik buih lebih…seperti biasa rokok dunhill. Petai sudah ubah taste. Dia hisap Marlboro sekarang…nak jadi koboilah tu.

Pemanduan Petai aku lihat memang hebat. Habis kenderaan dipotong dengan Ferrarinya…zooommm! Laju giler…menyerah kalah LORI-LORI tersebut tak mampu mengatasi kelajuaan 80km-100km Petai…

Tetiba satu Mini Sport BMW (Kancil) mencelah…zooommm! Sebelah kami….Petai dropped gear…KEJAR! Kami tak bagi chance! Potong habis! Ada ketika 4 kali adegan potong memotong. (Untuk pengetahuan, kami lama dah POTONG)..ada kala kami bagi dia pecut lapan tiang. Kami kejar semula..HAHAHAHA…kami terer!

Sedar tak sedar, kami sampai di tol Juru…kami tidak ada niat nak berhenti sebab mata rasa berat macam ada batu…mengantuk ya amat. Kalau kira jumlah menguap dah boleh tutup stadium negara.

Hampir sampai di Bandar Darul Aman. Aku on semula Papago. Hendak cari hotel disekitar kawasan….memang banyak. Tapi fully booked. Hairan. Orang Kedah tak tidur di rumah ke bila malam? Ish!. Hotel yang kosong pulak sudah macam untuk couple ngentot jer…seram aku. Tauke hotel boleh charge kami GAY…naya ooo.

Akhirnya jumpa satu hotel, Hotel Darul Aman. Rupanya Petai pernah lepak disini dulu. Petai kata hotel ni tak seberapa. Betul apa dia cakap. Aircond bila on bunyi macam washer machine!.

Kami start tidur jam 7 pagi…malam tu aje bukan bising aircond tapi ada tambah bunyi background dari Petai…berdesing-desing bunyi kentut dia sekeliling bilik kecil tu…siot!

Jam 8 pagi kami sudah bangun. Satu jam sahaja kami tidur sebab barang perlu sampai ke enduser sebelum 10 pagi…Apabila sampai ke tempat yang dituju, kami memcari seseorang yang dipertanggungjawab untuk menerima barang yang kami bawa.

Selesai turunkan barang dan tandatangan borang masuk keluar, kami terus beredar dari situ. Kami terus sahaja kembali ke hotel "5 star" kami. Tiada lain selain sambung tidur. Ferrari semakin laju setelah beban berat telah dikeluarkan. Vrooomm!

Tengah hari kami bangun dan terus sahaja bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Selesai kami check out dari hotel, terus sahaja merancang untuk mencari kedai makan. Memang kami kelaparan. Dalam perjalanan mencari tempat makan, aku terlihat KFC, lalu memberi isyarat untuk berhenti makan disitu. Tapi Petai tidak mahu atas alasan allergy. Kalau makan juga boleh berubah jadi ayam katanya.

Akhirnya kami berjaya mencari tempat makan setelah beberapa kali bertanya kepada orang dari Teluk Panglima Garang bagi mencari tempat makan. Maklumlah, isterinya orang Alor Setar. Aku makan Nasi Ayam. Petai selera nasi campur. Selesai makan kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Dengan bantuan Papago ini akan memudahkan perjalanan kami untuk pulang. TAPI, sangkaan aku tidak betul. Petai mengalami masalah dengan Papago! Petai tidak mahu dengara arahannya. Atas alasan ini tempat dia "berak".

Maka kami pun mula sesat. Dan sesat dan lagi. Akhirnya berjaya juga menghala ke lebuhraya Plus. Aku terus tutup Papago bagi menenangkan keadaan.

Sampai di perhentian Tapah, kami berehat sebentar. Terlihat banyak buah-buahan tempatan di perhentian rehat ini. Petai kata kena beli buah tangan untuk kawan pejabat. Saja nak bagi tahu yang kami ini "outstation" ke Kedah. Aku dan Petai makan menu yang sama mee rebus. Dan tidak tinggal dengan teh tarik.

Hilang sahaja rasa penat, kami meneruskan perjalanan kami. Dalam perjalanan ke Tanjung Malim hujan renyai-renyai…dan tiba-tiba lebat…pergerakan kenderaan semakin perlahan yang mana sebelumnya memang Petai pandu Ferrarinya perlahan.

Jam 11 malam Ferrari berlabuh di depan rumah aku. Lega tidak terhingga apabila sampai rumah. Setelah beg pakaian dan buah tangan dikeluarkan dari Ferrari, Petai meneruskan perjalanan pulang. Tidak sabar nak pulang. Diajak masuk ke rumah tidak mahu. Lama tidak tengok "keping" kot. Kesian.