Friday, December 30, 2011

Lalat semakin banyak.

Semenjak lori sampah haram mula beroperasi menghantar sampah ke pusat pelupusan haram di Sg. Kertas telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada penduduk sekitar.

Kedatangan anjing-anjing liar ke kawasan ini amat membimbangkan. Malahan kini, lalat serta nyamuk juga telah didapati disekitar taman. Lalat-lalat ini menganggu persekitaran rumah-rumah di sekitar taman. Ianya turut memasuki didalam kawasan rumah dan ini menganggu ketenteraman dan kesihatan penduduk.

Kes denggi juga turut berlaku dikawasan taman. Pusat pelupusan haram mungkin menjadi punca pembiakan nyamuk tersebut.

Pembakaran waktu malam juga dilakukan dipusat pelupusan ini. Pekerja yang terdiri dari warga Indonesia ini akan membakar sampah yang tidak berkenaan dan ini telah menjadikan taman dipenuhi asap.

Kalau ditanya tentang laporan kepada pihak yang berkenaan, telah banyak yang dilakukan oleh penduduk sekitar namun, tindakan yang berkesan sehingga hari ini tidak dilakukan.

Pihak yang diharapkan tidak membantu dan hanya mendiamkan diri sehingga kini. Maka itu, penduduk akan mengambil tindakan sendiri dan tidak akan mengikut saluran-saluran tertentu kerana sistem itu tidak berfungsi sepenuhnya.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Mee sup

Mee sup pasti ramai yang sudah biasa makan. Nama sama tapi rasa lain-lain. Sukar juga mahu dapat mee sup yang benar-benar sedap. Ini kerana ada pelbagai cara dan resepi yang digunakan.

Namun, mee sup yang bini aku masak itulah yang paling sedap. Ada sayuran, bebola ikan, ayam dan paling penting adalah supnya.

Aku sebenarnya tidak makan mee sup. Setelah aku rasa masakan mee sup bini aku ini terus lekat selera pada mee tersebut.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, December 29, 2011

Lenggang pada hujung tahun

Hujung tahun sahaja pejabat akan menjadi lenggang. Kali ini sibuk dengan aktiviti peribadi dan keluarga. Hal-hal kerja buat masa ini akan di ketepikan seketika.

Masa untuk bercuti! Maka ramai yang memohon untuk bercuti yang mana telah dirancang sebelumnya. Sudah menjadi lumrah untuk bercuti di hujung tahun. Kerana masa itu juga cuti sekolah yang panjang bermula.

Seronok! Itu yang bermain difikiran anak-anak dan tentunya ibu dan bapa juga. Masa inilah ibubapa dapat menghabiskan "quality time" bersama-sama anak-anak.

Dan inilah menjadikan pejabat aku lenggang dan bersawang pada setiap hujung tahun.

Berinternet di cuti sekolah

Masa cuti sekolah ini anak-anak aku menghabiskan masa dengan berinternet. Pada kebiasaannya aku kawal aktiviti mereka ini.

Memandangkan musim cuti sekolah aku beralah sedikit. Memberi ruang kebebasan pada mereka untuk melakukan aktiviti mereka.

Hairan aku melihat mereka ini, boleh mengadap depan komputer untuk masa yang lama. Tidak hirau waktu makan. Memang mengasyikkan.

Apa pun yang penting kita harus memantau aktiviti yang tidak sihat. Dan memenuhi masa mereka dengan perkara yang berfaedah. Kerana ini sebahagian daripada masa depan mereka nanti.

Monday, December 26, 2011

Perasaan ingin mencuba

Ada satu perasaan dalam diri aku iaitu perasan ingin mencuba. Sudah menjadi lumrah aku agaknya. Bila melihat sesuatu yang baru aku akan cuba mendapatkanya. Dan akan memahami sesuatu itu. Dan selepas itu aku akan hilang minat padanya.

Aku akan mencari lagi yang baru dan terbaik. Sampai bila akan berhenti aku pun tidak pasti. Apa yang aku pasti bahwa aku akan terus begini.

Terutama kepada telefon bimbit..hehehe

#End

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, December 25, 2011

Kita yang lebih-lebih.

Sedangkan mereka yang bertanding itu tidak sehebat kita yang menyokong. Kitalah sibuk mempertahankan, menyangkalkan serta bermati-matian menyokong.

Mereka pun sibuk juga, sambil minum teh tarik melihat kita yang menyokong ini bertungkus-lumus untuk mereka.

Kadangkala aku terfikir sejenak, apalah yang aku dapat? Sejak itu aku lebih kepada observation dan positive.

Kini, aku lebih berfikiran terbuka dan dapat mengenalpasti sesuatu itu benar atau tidak. Bila dikenangkan memang kelakar sungguh.

Sejak mengundur diri dari aktiviti ini, aku lebih tumpu kepada kehidupan realiti, mencari rezeki dan memajukan diri. Sepatutnya dari dulu lagi macam ini. Tentu sudah kaya raya...

Friday, December 23, 2011

Isu pembinaan rumah di sekitar TDI

As'salaamu' Alaikum!

Isu pembinaan rumah ditanah lot persendirian di sekitar TDI kini, telah menjadi satu masalah kepada warga TDI.

Pembinaan yang sedang dan bakal dibina pastinya akan menimbulkan isu keselamatan, keselesaan dan kesihatan yang tidak terkawal.

Pemilik-pemilik baru yang telah membeli tanah tersebut pastinya akan mendirikan rumah dalam pelbagai saiz dan bentuk. Memandangkan tanah itu sendiri tidak menepat syarat untuk pembinaan rumah namun mereka tidak mengendahkanya.

Keadaan rumah yang mereka bina juga gagal menepati piawaian yang ditetapkan oleh pihak yang berkenaan. Paling teruk terjejas adalah dibahagian fasa 3 untuk rumah end lot. Lebih menyedihkan bahagian belakang rumah baru tanah lot itu menghadap fasa 3. Ini akan memberi impak yang teruk.

Persekitaran belakang rumah kebiasannya kotor dan tidak teratur. Ini akan mencacatkan pemandangan taman.

Pihak taman kini dalam usaha untuk menghentikan pembinaan rumah ini dengan menyediakan laporan dan butiran-butiran penting untuk diserahkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan yang sewajarnya.

InsyAllah.

Wasalam.

Tugas baru untuk perkara lama.

Baru-baru ini diadakan mesyuarat tergempar di pejabat.

Tiada isu baru, hanya perkara lama yang tidak selesai dibangkitkan kembali. Segala kerja yang dahulunya dibuat akan sekali lagi dibuat bagi membuat penyerah kepada kementerian JIKA diminta untuk menyerahkan dokumen tersebut.

Sebelumnya isu ini tersangkut di kementerian untuk sekian lama. Dan baru-baru ini jawtan itu diambil oleh orang baru, maka usaha untuk menyerahkan dokumen tersebut kini terbuka.

Mesyuarat bersama kementerian akan dicadangkan pada masa akan datang bagi menerangkan secara terperinci siapa kami. Dan pada masa yang sama isu dokumen ini akan dibangkitkan.

Jika kementerian terima dan memberi pengesahan maka dokumen seterusnya akan menyusul.

Tanpa pengesahan itu, maka syarikat akan terus dirundung kemelesetan keuntungan yang mana telah 2 tahun mengalaminya.

Harap mereka yang menguruskannya mempunyai keikhlasan untuk membantu syarikat dan pekerja-pekerja dan bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Allah s.w.t itu ADIL.

Wasalam.

Berhentinya seorang leader

Satu lagi kisah yang mana seseorang yang mampu meraih gaji bulanan mencecah belasan ribu sebulan.

Pada mulanya aku terkejut tapi pada dasarnya dia mungkin seorang yang bijak dan berpengalaman. Bila dilihat pada usianya yang muda serta keperibadiannya aku semakin terkejut.

Dia bukanlah seperti yang diharapkan hanya mempunyai kata-kata yang meyakinkan padahal kosong. Idea-idea yang diberikan telah dijalankan dan memberi hasil tidak positif kepada pekerja dan syarikat. Idea berasaskan buku memang tidak kemana.

Yang menjadi musykil lagi dia telah meletakkan jawatan setelah bercuti tanpa gaji untuk beberapa bulan. dengan alasan yang aku rasa tidak cukup kuat untuk mohon cuti berbulan-bulan.

Aku melihat perkara ini seperti sudah dirancang terlebih dahulu. Oleh kerana tugasan yang dipertanggungjawabkan tidak mencapai tahap seperti yang diharapkan dan masalah komunikasi dengan pekerja bawahan yang tidak teratur serta pilih kasih. Maka berhenti menjadi satu penyelesaian bagi dirinya. Aku juga tidak terkejut jawatan itu akan disandang konco-konco mereka juga.

Yang kesiannya pekerjanya dalam puak pilih kasih ini kini, tiada tempat bergantung. Dan tidaklah aku terkejut jua jika ada antaranya berhenti juga.

Allah s.w.t itu ADIL. Alhamdulillah. Kita yang lain seharusnya banyakkan bersabar dan berusaha. InsyAllah.

Wasalam.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pejabat ku - Pilih kasih

Sejak kemasukan muka-muka baru didalam syarikat semakin banyak perubahan dilakukan bagi mengikut kehendak muka-muka baru ini. Memandangkan mereka berjawatan tinggi maka mudah untuk mereka merubah apa sahaja untuk kebaikan mereka sendiri.

Sistem kerja yang sekian lama telah dipraktikkan turut diubah bagi mengikut kesesuaian semasa. Namun dilihat lebih banyak memihak kepada muka-muka baru. Ingin menguasai segala genap urusan seadanya. Yang nyata mereka tidak berpengalaman dalam hal ini. Tapi mempunyai daya percakapan yang meyakinkan padahal iainya kosong sahaja.

Sejak dari itu, pekerja sudah mula mempunyai puak-puak tertentu. Puak yang paling berkuasa adalah yang mengikut kata muka baru ini tanpa soalan. Yang mana puak ini juga bukanlah antara pekerja yang terbaik. Pengalaman bekerja juga masih rendah. Tapi ego yang ada pada mereka itu yang membuat mereka rasa diri mereka handal.

Kini, pada mereka yang telah lama berkhidmat, pengalaman bertahun-tahun dalam hal ehwal pemasaran disisih. Namun, mereka ini lebih bijak jika dibandingkan dengan puak ego tersebut.

Bukan pada pembahagian kerja yang menjadi tidak adil, malahan dari segi bonus, kenaikan gaji dan apa-apa kebaikan akan tertumpu kepada puak ego sahaja.

Kesilapan atau kekurangan yang berlaku pada puak ego ini, mereka tutup sebelah mata sahaja. Dan tidak pula kepada pekerja yang dalam puak mereka akan menerima tindakan.

Pada pandangan aku, jika pekerja ini berhenti dan menyerahkan segalanya kepada muka baru dan puak ego, mampukah mereka meneraju syarikat?

Tahukah mereka, jika aku kata pada pelanggan terbesar itu supaya tidak membuat pembelian dengan mereka dan mereka akan mengikut tanpa soal.

Biarkanlah mereka dengan etika bekerja mereka yang sebenarnya masih ditahap kedai runcit itu. Sibuk mempromosikan produk yang bukan ada pembelian. Menghebohkan hasil jual mereka sedangkan hasil itu pembelian ulangan. Pelik tapi itu yang berlaku.

Dapat dirasakan bahawa syarikat ini akan mengalami satu lagi masalah besar pada 2012 akan datang.

Aku berharap tidak berlaku pada diri aku, insyaAllah.

Wasalam.