Dimaklumkan beberapa minggu lepas satu kejadian denggi telah melanda Taman Desa Indah.
Saudara Rosli Jaafar yang kini telah pulang ke rumah setelah mendapat rawatan pakar di Hospital Tropicana, Damansara. Beliau kini dalam proses pemulihan sepenuhnya.
Sebelumnya beliau sendiri tidak menyedari akan di serang denggi dengan batuk-batuk dan demam yang dialami pada mulanya.
Setelah beberapa hari beliau merasakan sesak nafas lalu membuat pemeriksaan doktor. Setelah dirawat di hospital pakar barulah keputusan menunjukan beliau hidapi demam denggi.
Kini beliau telah hampir pulih sepenuhnya dan berada di rumah meneruskan rawatan lanjutan.
No comments:
Post a Comment