Wednesday, June 29, 2011

Isu Kawasan Hijau TDI

TDI: Mesyuarat bersama pemaju taman telah diadakan bagi membincang pembinaan kawasan hijau di TDI. TDI yang kini pesat membangun dengan rancangan pembinaan 2 lagi fasa. Oleh itu, kawasan hijau perlu diadakan oleh pemaju bagi memenuhi syarat perumahan.

Pemaju telah memberi beberapa cadangan lokasi bagi menempatkan kawasan hijau tersebut. Namun persetujuan dari persatuan TDI diambi kira. Terdapat beberapa lokasi dilihat boleh dijadikan sebagai kawasan hijau namun, dari segi keselamatan dan keselesaan tidak memenuhi kehendak penghuni. Terdapat juga kawasan yang secara amnya telah dijadikan kebun atau taman kecil diatas tanah pemaju oleh penghuni taman.

Realistiknya, pemaju tidak mempunyai tanah bagi membina kawasan hijau di sekitar taman. Maka itu, timbul idea untuk membina dikawasan yang tidak praktikal dan kurang selesa. Namun, penghuni juga harus bertolak ansur antara satu sama lain bagi menjayakan isu membina kawasan hijau ini.

Secara logiknya, pemaju perlu mengadakan kawasan hijau ini bagi memperolehi kelulusan dari pihak majlis kerana ianya sebahagian dari syarat perumahan kini.

Susulan dari mesyuarat ini, satu tinjauan akan dijalankan bagi menjelaskan dan mendengar pandangan warga TDI untuk isu kawasan hijau.

Kepada warga TDI yang ingin mendapat maklumat terperinci boleh berbuat demikian dengan menghubungi Setiausaha dan Pengerusi TDI.



Sent from my BlackBerry®

No comments: