Wednesday, March 9, 2016

Sistem peparitan

Bismillah..

Sistem peparitan yang tidak mematuhi peraturan akan mengakibatkan berlakunya masalah kerosakan yang berpanjangan. 

Rancangan perlu dilakukan bagi memastikan aliran air lancar dan bersih. Pembinaan yang sambil lewa sekadar siap mengundang pelbagai masalah.

Pembinaan parit dari tanah lot bersebelahan taman ini telah beberapa kali mengalami kerosakan yang sama. Namun tindakan yang diambil bukan penyelesaian jangka panjang.

Pihak majlis telah dihubungi bagi mengambil tindakan terhadap perkara ini. Keadaan air longkang yang mengalir masuk ke kawasan jalan taman amat menyukarkan warga taman. 

Setakat ini pihak majlis telah datang dan mengambil maklumat dan gambar situasi tersebut.

Wasalam.






No comments: