Sunday, June 19, 2011

Lori sampah lebih cekap dari MPS

K.S
19 June 2011


Kejadian pembuangan sampah di Sungai Kertas telah lama berlaku. Sejak berlaku kebakaran di pusat pelupusan haram, banyak membuka mata pelbagai pihak.

Sejak dari itu, puhak majlis telah mewujudkan satu kawalan dijalan masuk ke pusat pelupusan tersebut. Dari itu, kemasukan lori sampah dapat dipantau hampir sepenuhnya.

Namun sejak kebelakangan ini lori sampah didapati semakin banyak memasuki kawasan pusat pelupusan haram tersebut.
Semakin hari semakin banyak lori memasuki kawasan tersebut terutama disebelah malam.

Oleh kerana kawalan MPS yang tidak tetap telah membolehkan lori sampah memasuki kawasan pelupusan dengan mudah. Malahan, ada dilihat orang-orang tertentu yang memberi arahan untuk memasuki pusat pelupusan diwaktu-waktu tertentu.

MPS juga dilihat menghabiskan masa mereka di kedai makan dari membuat kawalan di pusat pelupusan haram tersebut.

Keadaan semakin buruk apabila lalat mula berada disekitar taman. Bau busuk terutama selepas hujan telah menjadikan kawasan makanan untuk anjing-anjing liar berkumpul. Debu-debu kini kian menjadi-jadi oleh sebab lori sampah membawa kenderaan mereka menuruni jalan keluar dengan laju.

Keadaan kawasan sekitar kini kembali seperti dulu. Kawalan MPS tidak memberi kesan kepada lori sampah haram serta penduduk sekitar.

Pelbagai cara mudah boleh digunakan bagi menghalang lori sampah dari terus memasuki kawasan tersebut. Namun pihak MPS tidak berupaya untuk menjana idea tersebut.

Itu yang menghairankan, pusat pelupusan haram dikawal oleh MPS namun hasilnya sampah semakin banyak. End#
Sent from my BlackBerry®

No comments: