Wednesday, February 9, 2011

Perjumpaan Ahli Majlis MPS bersama Persatuan Penduduk Taman Desa Indah

Tarikh: 8 Feb 2011
Jam: 8 malam
Tempat: Taman Desa Indah, Batu Caves

Perbincangan:

1. Penempatan kilang bersebelahan Fasa 4 Taman Desa Indah.
  • Pihak Majlis akan membuat pemeriksaan terhadap kilang tersebut bersama pihak tertentu untuk memastikan status kilang tersebut. Susulan tindakan akan diambil jika kilang tersebut didapati melanggar peraturan yang disediakan.
2. Pusat pelupusan sampah Sg. Kertas masih terdapat lori membuang sampah.
  • Pihak Majlis sedang dalam proses mengenal pasti pemilik tanah berkenaan dan akan meningkatkan kawal di jalan masuk ke pusat pelupusan tersebut.
3. Anjing-anjing liar berkeliaran di kawasan pusat pelupusan dan kawasan taman sekitar. 
  • Pihak Majlis sedang menjalankan penangkapan dengan menggunakan perangkap disekitar pusat pelupusan.
4. Pemohonan membuat bonggol dan pemasangan pagar di sekeliling taman.
  • Pihak Majlis mengesyorkan persatuan penduduk membuat pemohonan secara rasmi dengan menyediakan butir-butir lengkap.
Perbincangan berakhir pada jam 11 malam.
Persatuan penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Zul Hamzah yang melapangkan masa untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh penduduk.

Segala butiran lengkap mesyuarat boleh didapati daripada Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Desa Indah - Azman.