Tuesday, February 8, 2011

Pusat Pelupusan Sampah di Sg. Kertas, Batu Caves

Pusat pelupusan sampah ini telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada penduduk sekitar. Berlakunya banjir di kawasan ternakan lembu. Banyak lembu-lembu yang mati di atas bencana ini. Pengusaha ternakan mengalami kerugian.

Seterusnya bencana kebakaran dipusat pelupusan. Kawasan sekeliling diselubungi asap merbahaya selama beberapa hari. Pihak yang berkenaan telah menjalankan kerja-kerja memadamkan api dari merebak ke kawasan sekitar.

Kini kerja-kerja pemulihan dijalankan dengan bantuan dari Majlis Dearah Selayang (MPS). Mereka berkawal di pusat pelupusan sampah tersebut dari 9 pagi hingga 9 malam. Selesai bertugas, lori-lori kecil yang membawa sampah pula akan masuk ke pusat pelupusan itu dan membuang sampah. Sehingga ke hari ini masih berlaku.


Pada 01/02/11, pihak TV3 dan MPS telah ke pusat pelupusan sampah untuk ditemubual mengenai status pembuangan sampah itu. Pada 06/02/11, rencana temubual disiarkan. MPS menyatakan bahawa tiada kerjasama dengan penduduk sekitar bagi menangani masalah ini. TV3 turut menyatakan tiada penduduk yang hadir pada masa temubual dilakukan.

Pengerusi taman telah menghantar emel ke aduan rakyat memberi komen terhadap situasi yang berlaku. Pada 07/02/11, SUK Khusrin telah melawat tapak tersebut bersama pihak tertentu untuk tujuan yang belum diketahui lagi. SUK Khusrin tidak membenarkan pihak media menemurah beliau ketika itu.


1. Mengapa tidak ditutup pusat pelupusan itu?
2. Mengapa pembuangan sampah tidak terkawal?
3. Masalah debu, asap pembakaran, lalat, bunyi bising, penyakit, anjing liar dan bau busuk terpaksa ditanggung oleh penduduk sekitar.

Menurut penduduk sekitar isu sampah ini sudah berlanjutan selama 5 tahun hingga kini tiada penyelesaian.

No comments: