Persatuan penduduk TDI merancang untuk membina pagar disekeliling taman bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk.
Namun rancangan ini tergendala kerana kos pembinaan diluar kemampuan penduduk. Maka rancangan ini ditangguh sementara waktu. Persatuan masih mencari idea-idea untuk merealisasikan rancangan tersebut.
Pentingnya pagar ini kepada penduduk kerana membantu dari segi keselamatan dari pencuri-pencuri. Beberapa kes kecurian telah berlaku di kawasan taman yang masih tidak berpagar.
Namun pihak persatuan tidak berhenti disitu sahaja, AJK telah mengambil khidmat kawalan dari orang perseorangan bagi mengawal kawasan taman.
Setakat ini, kawalan yang dilakukan dapat menghindarkan berlakunya jenayah kecurian di kawasan taman. Kos perkhidmatan kawalan ditanggung oleh penduduk taman yang mana didapat agak tinggi kerana warga taman tidak sepenuhnya sepakat dalam membayar yuran dikutip secara bulanan.
Dengan adanya pagar taman berkemungkinan dapat meringankan beban membayar yuran tersebut.
Diharap warga TDI lebih sepakat dan bertambah ahli dimasa-masa akan datang.
No comments:
Post a Comment