Sunday, June 19, 2011

Bekalan air kerap terputus

K. S


Sejak menduduki Taman Desa Indah, satu perkara yang dilihat sering menjadi masalah kepada warga TDI (Taman Desa Indah) ialah bekalan air yang kerap berlaku.
Sebagai warga TDI tidaklah dapat untuk menyelesaikan masalah ini selain dari membuat laporan ketiadaan air ke Puspel.

Kerosakan paip seperti pecah, penyambungan baru boleh diterima pakai oleh warga TDI. Namun ketiadaan air yang sering berlaku adalah kerana pam air tidak berfungsi.

Rumah pam yang difahamkan dibawah kelolaan TNB. Dari itu pihak Puspel tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melaporkan kepada TNB untuk tindakan selanjutnya. Maka, setiap kali pam tidak berfungsi penduduk sekitar akan mengalami bekalan air terputus.

Setakat ini, pihak TNB hanya membaikpulih pam yang rosak itu setiap kali berlaku kerosakan. Ini akan berterusan sehingga pam itu ditukar yang baru. Namun itu tidak berlaku.

Sudah melebihi 2 tahun perkara ini masih menghantui penduduk sekitar. Kini satu lagi fasa sedang dibangunkan. Mereka juga bakal menerima nasib yang sama.

No comments: