Sejak kebelakangan ini dilihat lori sampah telah semakin aktif memasuki kawasan pelupusan haram Sg. Kertas.
Kawal yang dilakukan oleh MPS hanya sekadar syarat sahaja. Pada amnya, MPS lebih banyak menghilang diri dari pusat kawalan dari mengawal kemasukan lori sampah tersebut.
Kini apa yang terjadi dahulunya berlaku kembali. Anjing-anjing liar kian banyak disekitar kawasan. Debu-debu mula berterbangan. Bau busuk kini menyelubungi taman. Nyamuk dan lalat akan kembali membiak.
Kita penduduk sekitar tiada harapan untuk menikmati hidup yang sempurna dan sihat jika semua ini masih tidak ditangani segera dengan lebih keras dan berkesan.
BERSIH! Free Malaysia today.
Sent from my BlackBerry®
No comments:
Post a Comment