Selesai sarapan pagi terus sahaja panaskan enjin Honda C70. Enjin kena betul-betul panas bagi memastikan motorsikal bergerak lancar. Maklumlah, laluan berbukit-bukit.
Anggaran memanaskan enjin motorsikal sama dengan habisnya sebatang rokok. Ok. Itulah masanya. Kami pun menunggang motorsikal bagi mencari rezeki harian.
Perjalanan mengambil dalam masa 30 minit untuk sampai ke pejabat di AU2. Tidak laju dan tidak perlahan. Sama sahaja tunggangannya. Sampai sahaja di pejabat, pintu sudah terbuka, seperti biasa si cantik manis akan sampai dahulu dari kami. Yelah, dia yang pegang kunci pejabat.
Kami pula sudah menjadi kebiasaan bersarapan untuk kali kedua di sekitar pejabat. Tuan Sood iaitu bos kami, biasanya lewat sampai. Selesai sarapan, kami masuk pejabat. Memulakan tugas harian yang tidak pernah habis.
Tugas yang diberi pada aku ialah sejenis engineering software dari Korea untuk membuat design sebuah Mold. Kelebihan software ini adalah proses "Realtime operation process" dapat dilihat terus melalui komputer sebelum Mold itu dibuat. Ini memudahkan designer mengenalpasti jenis Failure yang berlaku sebelum Mold dibuat.
Mamu Rembau pula diberi tugas lebih kepada barang- barang elektronik seperti Projector system. Kerja-kerja teknikal memang bidang dia.
Itulah tugas yang sentiasa kami lakukan semasa dipejabat. Mengenalpasti, menguji, mempromosi dan jual. Memang memenatkan. Tapi kami tetap seronok dapat berkerja dengan Tuan Sood.
Lain-lain tugas yang kami lakukan ialah menguji lagi satu software. Software ini mengambil masa yang lama untuk kami fahami dan menguasainya. Sehingga kami berhenti dari bekerja dengan Tuan Sood masih tidak selesai.
Software ini dikenali dengan nama WORM. Atau lebih mesra dipanggil Strategy Game! Hahaha...inilah tugas yang paling kami suka. Boleh dimain secara Multiplayer. Sudah cukup untuk aku dan Mamu berentap setiap hari. Dari pagi sampai ke petang.
Setiap pagi hendak ke pejabat, kami sentiasa bersemangat, ghairah dan teruja. Masing-masing dengan strategi untuk mengalahkan antara satu sama lain. SETIAP HARI! Titik.
Perlawanan demi perlawanan kami adakan dan kami tidak pernah jemu...sampai sekarang. Kesian Tuan Sood, dia berhempas pulas menbuat jualan agar dapat membayar kami dan si cantik manis setiap bulan.
Ahhrgg! Kami tidak peduli. Kami tetap teruskan aktiviti kami. Hampir 8 bulan kalau tidak silap aku, kami ingin berhenti kerja dari Tuan Sood.
Terkejut dia mendengar kata-kata kami itu. Kami berhenti atas sebab yang kami pun tidak pernah sangkakan.
Selama ini kami tipu dia (main strategy games), rupanya dia lagi hebat. (Tak pernah bayar EPF dan Socso kami selama kami bekerja dengan dia)...
HAHAHAHAhhh...Tuan Sood lagi hebat rupanya...Penipu ditipu oleh penipu! Memang tidak disangkakan langsung. Kalau aku jumpa Tuan Sood ini, aku siku-siku kepala dia sampai licin! Hahahaha...
Pengalaman bekerja Ujang dan Mamu Rembau
No comments:
Post a Comment