Sistem kerja yang sekian lama telah dipraktikkan turut diubah bagi mengikut kesesuaian semasa. Namun dilihat lebih banyak memihak kepada muka-muka baru. Ingin menguasai segala genap urusan seadanya. Yang nyata mereka tidak berpengalaman dalam hal ini. Tapi mempunyai daya percakapan yang meyakinkan padahal iainya kosong sahaja.
Sejak dari itu, pekerja sudah mula mempunyai puak-puak tertentu. Puak yang paling berkuasa adalah yang mengikut kata muka baru ini tanpa soalan. Yang mana puak ini juga bukanlah antara pekerja yang terbaik. Pengalaman bekerja juga masih rendah. Tapi ego yang ada pada mereka itu yang membuat mereka rasa diri mereka handal.
Kini, pada mereka yang telah lama berkhidmat, pengalaman bertahun-tahun dalam hal ehwal pemasaran disisih. Namun, mereka ini lebih bijak jika dibandingkan dengan puak ego tersebut.
Bukan pada pembahagian kerja yang menjadi tidak adil, malahan dari segi bonus, kenaikan gaji dan apa-apa kebaikan akan tertumpu kepada puak ego sahaja.
Kesilapan atau kekurangan yang berlaku pada puak ego ini, mereka tutup sebelah mata sahaja. Dan tidak pula kepada pekerja yang dalam puak mereka akan menerima tindakan.
Pada pandangan aku, jika pekerja ini berhenti dan menyerahkan segalanya kepada muka baru dan puak ego, mampukah mereka meneraju syarikat?
Tahukah mereka, jika aku kata pada pelanggan terbesar itu supaya tidak membuat pembelian dengan mereka dan mereka akan mengikut tanpa soal.
Biarkanlah mereka dengan etika bekerja mereka yang sebenarnya masih ditahap kedai runcit itu. Sibuk mempromosikan produk yang bukan ada pembelian. Menghebohkan hasil jual mereka sedangkan hasil itu pembelian ulangan. Pelik tapi itu yang berlaku.
Dapat dirasakan bahawa syarikat ini akan mengalami satu lagi masalah besar pada 2012 akan datang.
Aku berharap tidak berlaku pada diri aku, insyaAllah.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment