Friday, December 23, 2011

Isu pembinaan rumah di sekitar TDI

As'salaamu' Alaikum!

Isu pembinaan rumah ditanah lot persendirian di sekitar TDI kini, telah menjadi satu masalah kepada warga TDI.

Pembinaan yang sedang dan bakal dibina pastinya akan menimbulkan isu keselamatan, keselesaan dan kesihatan yang tidak terkawal.

Pemilik-pemilik baru yang telah membeli tanah tersebut pastinya akan mendirikan rumah dalam pelbagai saiz dan bentuk. Memandangkan tanah itu sendiri tidak menepat syarat untuk pembinaan rumah namun mereka tidak mengendahkanya.

Keadaan rumah yang mereka bina juga gagal menepati piawaian yang ditetapkan oleh pihak yang berkenaan. Paling teruk terjejas adalah dibahagian fasa 3 untuk rumah end lot. Lebih menyedihkan bahagian belakang rumah baru tanah lot itu menghadap fasa 3. Ini akan memberi impak yang teruk.

Persekitaran belakang rumah kebiasannya kotor dan tidak teratur. Ini akan mencacatkan pemandangan taman.

Pihak taman kini dalam usaha untuk menghentikan pembinaan rumah ini dengan menyediakan laporan dan butiran-butiran penting untuk diserahkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan yang sewajarnya.

InsyAllah.

Wasalam.

No comments: