Baru-baru ini diadakan mesyuarat tergempar di pejabat.
Tiada isu baru, hanya perkara lama yang tidak selesai dibangkitkan kembali. Segala kerja yang dahulunya dibuat akan sekali lagi dibuat bagi membuat penyerah kepada kementerian JIKA diminta untuk menyerahkan dokumen tersebut.
Sebelumnya isu ini tersangkut di kementerian untuk sekian lama. Dan baru-baru ini jawtan itu diambil oleh orang baru, maka usaha untuk menyerahkan dokumen tersebut kini terbuka.
Mesyuarat bersama kementerian akan dicadangkan pada masa akan datang bagi menerangkan secara terperinci siapa kami. Dan pada masa yang sama isu dokumen ini akan dibangkitkan.
Jika kementerian terima dan memberi pengesahan maka dokumen seterusnya akan menyusul.
Tanpa pengesahan itu, maka syarikat akan terus dirundung kemelesetan keuntungan yang mana telah 2 tahun mengalaminya.
Harap mereka yang menguruskannya mempunyai keikhlasan untuk membantu syarikat dan pekerja-pekerja dan bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri.
Allah s.w.t itu ADIL.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment