Semenjak lori sampah haram mula beroperasi menghantar sampah ke pusat pelupusan haram di Sg. Kertas telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada penduduk sekitar.
Kedatangan anjing-anjing liar ke kawasan ini amat membimbangkan. Malahan kini, lalat serta nyamuk juga telah didapati disekitar taman. Lalat-lalat ini menganggu persekitaran rumah-rumah di sekitar taman. Ianya turut memasuki didalam kawasan rumah dan ini menganggu ketenteraman dan kesihatan penduduk.
Kes denggi juga turut berlaku dikawasan taman. Pusat pelupusan haram mungkin menjadi punca pembiakan nyamuk tersebut.
Pembakaran waktu malam juga dilakukan dipusat pelupusan ini. Pekerja yang terdiri dari warga Indonesia ini akan membakar sampah yang tidak berkenaan dan ini telah menjadikan taman dipenuhi asap.
Kalau ditanya tentang laporan kepada pihak yang berkenaan, telah banyak yang dilakukan oleh penduduk sekitar namun, tindakan yang berkesan sehingga hari ini tidak dilakukan.
Pihak yang diharapkan tidak membantu dan hanya mendiamkan diri sehingga kini. Maka itu, penduduk akan mengambil tindakan sendiri dan tidak akan mengikut saluran-saluran tertentu kerana sistem itu tidak berfungsi sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment