Hujung tahun sahaja pejabat akan menjadi lenggang. Kali ini sibuk dengan aktiviti peribadi dan keluarga. Hal-hal kerja buat masa ini akan di ketepikan seketika.
Masa untuk bercuti! Maka ramai yang memohon untuk bercuti yang mana telah dirancang sebelumnya. Sudah menjadi lumrah untuk bercuti di hujung tahun. Kerana masa itu juga cuti sekolah yang panjang bermula.
Seronok! Itu yang bermain difikiran anak-anak dan tentunya ibu dan bapa juga. Masa inilah ibubapa dapat menghabiskan "quality time" bersama-sama anak-anak.
Dan inilah menjadikan pejabat aku lenggang dan bersawang pada setiap hujung tahun.
1 comment:
Ikut turn bro...hehe....
Post a Comment