Satu lagi kisah yang mana seseorang yang mampu meraih gaji bulanan mencecah belasan ribu sebulan.
Pada mulanya aku terkejut tapi pada dasarnya dia mungkin seorang yang bijak dan berpengalaman. Bila dilihat pada usianya yang muda serta keperibadiannya aku semakin terkejut.
Dia bukanlah seperti yang diharapkan hanya mempunyai kata-kata yang meyakinkan padahal kosong. Idea-idea yang diberikan telah dijalankan dan memberi hasil tidak positif kepada pekerja dan syarikat. Idea berasaskan buku memang tidak kemana.
Yang menjadi musykil lagi dia telah meletakkan jawatan setelah bercuti tanpa gaji untuk beberapa bulan. dengan alasan yang aku rasa tidak cukup kuat untuk mohon cuti berbulan-bulan.
Aku melihat perkara ini seperti sudah dirancang terlebih dahulu. Oleh kerana tugasan yang dipertanggungjawabkan tidak mencapai tahap seperti yang diharapkan dan masalah komunikasi dengan pekerja bawahan yang tidak teratur serta pilih kasih. Maka berhenti menjadi satu penyelesaian bagi dirinya. Aku juga tidak terkejut jawatan itu akan disandang konco-konco mereka juga.
Yang kesiannya pekerjanya dalam puak pilih kasih ini kini, tiada tempat bergantung. Dan tidaklah aku terkejut jua jika ada antaranya berhenti juga.
Allah s.w.t itu ADIL. Alhamdulillah. Kita yang lain seharusnya banyakkan bersabar dan berusaha. InsyAllah.
Wasalam.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment