Masa cuti sekolah ini anak-anak aku menghabiskan masa dengan berinternet. Pada kebiasaannya aku kawal aktiviti mereka ini.
Memandangkan musim cuti sekolah aku beralah sedikit. Memberi ruang kebebasan pada mereka untuk melakukan aktiviti mereka.
Hairan aku melihat mereka ini, boleh mengadap depan komputer untuk masa yang lama. Tidak hirau waktu makan. Memang mengasyikkan.
Apa pun yang penting kita harus memantau aktiviti yang tidak sihat. Dan memenuhi masa mereka dengan perkara yang berfaedah. Kerana ini sebahagian daripada masa depan mereka nanti.
No comments:
Post a Comment