Majlis Pembandaran Selayang turut memantau lori sampah domestik dari menaiki kawasan bukit itu. Sampah domestik dilarang sama sekali dibuang diatas bukit itu. Untuk berapa lama tidak pasti. Pemantau MPS dari jam9 pagi hingga 9 malam setiap hari kecuali pada hari cuti.
Setakat ini penduduk sekitar dapat menikmati hidup yang normal. Tiada bau busuk, lalat serta bersih dari penyakit. Keadaan ini harus dikekalkan kerana keselamatan dan kesejahteraan penduduk adalah perkara penting yang harus diambil kira setiap masa.
Namun, sebagai penduduk di sekitar kawasan tersebut mula rasa sangsi terhadap operasi yang sedang dijalankan. Tiada maklum balas dari mana-mana pihak mengenai pusat pembuangan sampah itu sama ada akan ditutup terus menerus atau tidak.
Banyak spekulasi bahawa pusat pembuangan sampah haram akan beroperasi seperti sediakala tidak lama lagi. Ini menunjukkan tiada tindakan yang diambil sebenarnya. Sebaliknya selepas kebakaran tempoh hari, kerja-kerja pemulihan dijalankan bagi tujuan untuk kembali beroperasi seperti dulu dan mungkin lebih hebat lagi dari yang dulu.
Kawasan sekitar akan kembali seperti dahulu dengan berbau busuk setiap hari, rumah dipenuhi lalat, pelbagai jenis penyakit yang akan timbul. Kawasan sekitar dipenuhi debu dan bunyi bising dari lori-lori yang keluar masuk ke pusat pembuangan sampah itu.
Penduduk sekitar telah hidup hampir setahun dalam keadaan persekitaran yang telah dicemari oleh pusat pembuangan sampah yang mana dijanjikan hanya akan beroperasi selama 4 bulan sahaja. Sejak kebakaran tempoh hari dan sehingga kini baikpulih sedang dijalankan bagi menyambung kerja-kerja pembuangan sampah.
Tidak tahu hendak dikategorikan masalah ini adakah satu penyelewengan, subahat, rasuah, kepentingan diri sendiri. Sesiapa pun boleh terlibat termasuk penduduk taman itu sendiri. Ini hanya menguntungkan seseorang dan merugikan semua orang. Apakah yang sebenarnya berlaku di atas bukit tersebut?
No comments:
Post a Comment