Sunday, January 16, 2011
Cuti Sekolah - Tanjung Biru, Port Dickson
Tanjung Biru, Port Dickson
Satu lokasi percutian yang menarik untuk dilawati terutama musim cuti sekolah. Ini adalah pertama kali aku ke sini bersama keluarga. Tanjung Biru agak terpencil jika dibandingkan dengan lokasi yang lain sekitar pantai Port Dickson seperti Teluk Kemang. Oleh yang demikian keadaan pantai agak masih tidak tercemar dan serta bersih. Kemudahan asas disediakan seperti kedai makanan, surau, tandas dan tapak perkhemahan. Kawasan letak kereta yang terhad menjadi masalah kepada pengunjung-pengunjung yang datang.
Bercuti beramai-ramai memang menyeronokan. Pelbagai persediaan dirancang termasuk makanan, minuman dan peralatan-peralatan khemah turut disenaraikan. Keseronokan dapat dirasakan sejak mula merancang percutian lagi. Hasil dari percutian ini membuahkan lagi untuk mengadakan aktiviti seperti ini dimasa-masa akan datang. Insya-Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment