Syarikat mengalami kerugian berjuta juta ringgit akibat mengambil seorang pekerja asing untuk mengendalikan syarikat yang sudah lama bertapak dengan harap dapat memperkembangkan lagi keuntungan syarikat. Kami menyambut baik cadangan pemilik syarikat pada awalnya. Kami pekerja sudah tentu kena ikut.
Orang asing telah diberikan kuasa untuk merubah apa yang patut bagi dia yang nak diubah. Kucar kacir untuk beberapa bulan. Malahan kontrak yang sedia ada pun diubah. Kemasukan muka muka baru turut merubah aktiviti kami yang selama ini adalah yang terbaik. Idea idea "bernas" dari muka muka baru in akhirnya menjatuhkan syarikat yang setelah lama kami berkhidmat. Kami tidak berupaya menjana jualan kerana kontrak yang diubah tidak mengikut kemahuan pelanggan tapi kemahuan muka muka baru. Akibat dari masalah yang timbul maka pemilik syarikat memberhentikan orang asing yang sebenarnya tidak faham market di Malaysia itu keluar terus dari syarikat. Satu satu muka baru berhenti. Namun masih ada lagi muka baru yang masih bertahan. Mungkin jawatan yang diberikan serta gaji yang amat lumayan membuatkan meraka terus bertahan.
Buat masa ini, kami diarahkan untuk menyediakan beberapa tugas bagi membolehkan kami memperbaiki kontrak yang sedia ada itu. Seperti biasa muka muka baru yang memimpin kami. Kepimpinan mereka sebelum ini gagal dan kini meraka sekali lagi diberi tugas yang sama. Setahun sudah berlalu gaji diterima seperti biasa walaupun jualan mencatat pada kadar terendah. Kini terdengar pula isu untuk mengurangkan pekerja pekerja dibahagian jualan. Mereka sudah lama berkhidmat serta bergaji kecil dan kini memghadapi kemungkinan diberhentikan.
Muka muka baru yang belum setahun jagung masih kekal di dalam syarikat. Gaji mereka sahaja puluhan ribu sebulan. Apakah sumbangan yang mereka berikan jika baru setahun jagung berkhidmat. Yang diketahui ialah kontrak kami musnah. Bukankah mereka yang patut pergi bukan kami. Soalan siapa yang akan menerima kejutan ini bermula pada mesyuarat bersama pemilik syarikat serta muka muka baru yang merasakan diri mereka hebat. Dalam mesyuarat ini pemilik syarikat akan mengemukan pilihan sama ada tukar atau berhenti. Apa yang pasti sekarang sebahagian daripada kami telah ditukarkan ke jabatan lain.

coretan dari: lelakibudiman.
1 comment:
wah..luahan pendapat yang memberansangkan, aku memang mengharapkan sesuatu yang sebegini dari kau rul..luahan ini sepatutnya di luahkan semasa di awal2 kemasukan ke syarikat dahulu. Tapi tidak mengapa, masih belum terlambat, hendak memperbetulkan keadaan.
Post a Comment